Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

Rantai Tangan Mutiara

Setelah beberapa hari mencari dan menetapkan produk awal mutiara yang aku maklumkan pada 29 Okt lepas, akhirnya aku telah membuat pilihan bahawa aku hanya akan memberikan Option untuk rantai tangan mutiara dulu awal awal ni.

Bukannya tak nak masukkan jenis produk mutiara yang lain, tapi buat masa ni hanya rantai tangan ni jer yang aku dapat dengan harga yang murah buat korang sumer. So, after this kalo aku dapat deal harga murah aku akan maklumkan kat korang jugak. Murah yang aku maksudkan di sini MURAH GILER lah berbanding pasaran lain yang korang boleh dapat kat KL terutamanya. Tak tau lah pulak kalo korang ada jumpa yang lagi murah. Kalo ada gitau aku k.

So, kat bawah ni ada aku sertakan gambonyer rantai rantai tangan mutiara yang aku maksudkan tu. Kualiti tinggi tapi harga Murah giler.

Harga bagi setiap rantai tangan dari A1 - A8  is 
Ringgit Malaysia 25.00 SAHAJA.


Pearl is "PERAL" * heeeehee


Kalo ada yang berminat dengan produk mutiara ni bolehlah berhubung secara langsung dengan aku di talian - Celcom 3314751 [Mal] , lebih lebih lagi kalo korang ni keje kat area PUTRAJAYA. Siap boleh face 2 face lagi dengan MUTIARA MUTIARA ni. 

*Klik gambar! boleh tengok lagi jelas oooo.

Wednesday, October 29, 2008

Pelbagai pilihan MUTIARA dari SABAH untuk ANDA!







SABAH, salah satu daripada destinasi yang cukup menarik untuk dikunjungi samada untuk bercuti ataupun beriadah. Semua itu bergantung pada citarasa anda yang memilih. Cerita yang ingin aku bawa di sini bukanlah cerita panjang dan lebar mengenai SABAH negeri di bawah bayu ini, tetapi aku ingin berkongsi tentang peluang membeli ataupun mengedar (satu lagi pilihan yang ada) MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH. Ya, MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH di mana pada mereka yang sudah biasa dengan SABAH mungkin akan terkenangkan suasana Pasar FILLIPIN yang penuh dengan pelbagai jenis MUTIARA dari pelbagai gred. Walaupun ada masanya cuaca yang terlalu panas pun mengalah dengan keinginan kita untuk membelek setiap apa yang ada di sana (sana sini MUTIARA). Hmmm... pada mereka yang belum pernah sampai ke sana cari carilah peluang untuk pergi ke SABAH walaupun hanya dapat pergi ke KOTA KINABALU sahaja.



Dah semangat cerita pasal SABAH pulak! OK! Pilihan yang aku berikan disini adalah pelbagai reka bentuk terkini MUTIARA yang memang sesuai untuk setiap golongan tak kiralah dari Mak Datin ke, tak Datin ke... semua boleh! Dan gred MUTIARA yang akan dipamerkan di sini adalah MUTIARA dari gred *. Harga pun ALHAMDULILLAH murahnya berbanding pilihan pilihan yang pernah anda temui sebelum ini dan anda boleh membuat tawaran harga dengan menghubungi melalui e mail, tapi tawaran harga ni selalunya nila anda nak ambil dalam kuantiti yang besar lah... Kan? So, offer ni bolehlah direbuat bagi yang ada keinginan nak jadi distributor kat semenanjung ni pulak! Insya'ALLAH harga yang memuaskan!



So, sampai jumpa lagi dan nantikanlah update update mengenai pilihan MUTIARA yang akan di tawarkan. Gambar berserta dengan harga akan diberikan. NANTIKAN!