Wednesday, October 29, 2008

Pelbagai pilihan MUTIARA dari SABAH untuk ANDA!







SABAH, salah satu daripada destinasi yang cukup menarik untuk dikunjungi samada untuk bercuti ataupun beriadah. Semua itu bergantung pada citarasa anda yang memilih. Cerita yang ingin aku bawa di sini bukanlah cerita panjang dan lebar mengenai SABAH negeri di bawah bayu ini, tetapi aku ingin berkongsi tentang peluang membeli ataupun mengedar (satu lagi pilihan yang ada) MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH. Ya, MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH di mana pada mereka yang sudah biasa dengan SABAH mungkin akan terkenangkan suasana Pasar FILLIPIN yang penuh dengan pelbagai jenis MUTIARA dari pelbagai gred. Walaupun ada masanya cuaca yang terlalu panas pun mengalah dengan keinginan kita untuk membelek setiap apa yang ada di sana (sana sini MUTIARA). Hmmm... pada mereka yang belum pernah sampai ke sana cari carilah peluang untuk pergi ke SABAH walaupun hanya dapat pergi ke KOTA KINABALU sahaja.



Dah semangat cerita pasal SABAH pulak! OK! Pilihan yang aku berikan disini adalah pelbagai reka bentuk terkini MUTIARA yang memang sesuai untuk setiap golongan tak kiralah dari Mak Datin ke, tak Datin ke... semua boleh! Dan gred MUTIARA yang akan dipamerkan di sini adalah MUTIARA dari gred *. Harga pun ALHAMDULILLAH murahnya berbanding pilihan pilihan yang pernah anda temui sebelum ini dan anda boleh membuat tawaran harga dengan menghubungi melalui e mail, tapi tawaran harga ni selalunya nila anda nak ambil dalam kuantiti yang besar lah... Kan? So, offer ni bolehlah direbuat bagi yang ada keinginan nak jadi distributor kat semenanjung ni pulak! Insya'ALLAH harga yang memuaskan!



So, sampai jumpa lagi dan nantikanlah update update mengenai pilihan MUTIARA yang akan di tawarkan. Gambar berserta dengan harga akan diberikan. NANTIKAN!

Thursday, October 23, 2008

SAMAD LEFTHANDED telah dijemput oleh-Nya.

Al - Fatihah!




Kira kira jam 1.30 tengah hari tadi, di Hospital Ampang seorang lagi pejuang muzik tanah air telah meninggal dunia dan meninggalkan kita semua dengan rilisan lagu lagu ciptaannya yang menjadi kegemaran ramai Rocker di Malaysia seperti lagu Joget semenjak dari tahun 1985 lagi.

Allahyarham juga merupakan salah seorang gitaris yang dianggap terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini selain dari Man Kidal dan pernah dikumpulkan bersama gitaris gitaris unggul lain seperti Paul Gilbert, Hillary dan ramai lagi.

Takziah di ucapkan kepada balu dan empat orang anak Allahyarham. Semoga rohnya di pelihara oleh-Nya dunia dan akhirat. Amin!

Tak perlu risau sangat pasal Melamine ni kalau kita ALERT!

AND NOW!



Terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kes Melamine baru baru ni, KKM menyatakan bahawa 8 produk dari China dan 16 produk tempatan kita sendiri di dapati menepati tahap Melamine yang di tetapkan. (kat bawah ni aku sertakan list produk). Tapi, apa apa pun pengusaha pengusaha, peniaga dan senang cerita - yang terlibat lah! - dinasihatkan untuk menyemak senarai produk dekat laman ni http://fsq.moh.gov.my./ (banyak info pasal pemakanan yang kita tak tau dan kurang pasti kat dalam ni - go check it out guys!)

List produk yang disenaraikan dibawah ni di sahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya selepas analisis dibuat.
Produk of China
  • Animal Biscuit Strawberry Cream Certified ZQ
  • Spring Onion Crackers Four Seas
  • Strawberry layer biscuit Golden Fuji
  • Traditional Gridle (Grape) Scaro
  • Twingo wafer Mr BunnyCrispy candy BEST
  • Soybean Powder with Green Tea Polleney
  • Super Chunck Peanut Butter Lady’s Choice

Produk of Malaysia

  • Biskut Cookie Bis Khong Guan
  • Biskut Funcy Cookies Khong Guan
  • Biskut Merlion Bis Khong Guan
  • Biskut Snowy Short Cake Khong Guan
  • Biskut Chocolate shake Khong Guan
  • Pineapple Cracker Khong Guan
  • Biskut Chocolate ABC Khong Guan
  • Small Square puff Khong Guan
  • Wafer peanut Cream Khian Guan
  • Wafer chocolate cream Khian guan
  • Biskut Sweet Lemon Cream Khian Guan
  • Nenas cookies Khian Guan
  • Biskut Jagung Krim Khian Guan
  • Biskut Jem Nenas Khian Guan
  • Butter flavoured cookies Khian Guan
  • Chocolate flavoured cookies Khian Guan

* Memandangkan aku keje kat division ni, lepas ni aku rasa aku nak muatkan skali info info yang patut kita tau pasal makanan ni lah!

*Pengusaha produk makanan, IKS ataupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri Makanan, sekiranya ada perkara perkara yang anda nak tahu mengenai industri makanan aku rasa boleh bantu kot ... sikit sikit.

Hanya kerana Aku Blogger baru!

Assalamualaikum and Hi there!
Buat pengetahuan anda semua, kedatangan aku ke dalam dunia blog ni bukan hanya disebabkan artikel, report, blog dan apa pun yang aku baca mengenai how to make money by blog. Sebenarnya, aku mula berminat dengan blog ni disebabkan oleh blog seorang kawan yang agak rapat jugak dengan aku yakni tikamlidah.blogspot.com yang membuka minda saya untuk berkongsi mengenai apa yang aku tahu dan ada. Hehehe... ThanXXX Jairo! Kerana tanpa engkau sedari, aku mula meniru gerak gerimu... hahahah... Jai! Jai!
Tapi, masalah yang sering dihadapi oleh ku tetap jugak benda yang sama... " Macam mana aku nak menyampai? tak kan nak guna ayat yang berterabur! Fuhhh... lagi, tak kan aku nak kongsikan perkara yang di anggap biasa jer oleh semua orang!... hmmm...
Disebabkan oleh keras kepala yang memang tetap bersemangat nak ada blog sendiri, aku redah jer semua ni dan sebenarnya aku UP kan post ni hanyalah kerana aku cuma ingin meluahkannya dan berharap akan mendapat sedikit tunjuk ajar dengan cara two way conversation daripada anda semua... mana lah tau! So, buat pengetahuan semua yang membaca post ini, Option Box ni aku wujudkan hanyalah sebagai tempat untuk aku share everything tak kira dari segi apa pun kerana aku tahu apa pun yang ada di dunia kita ni menetapkan satu OPTION unutk kita semua... Nak! or Tak Nak!, Suka or Tak Suka! dan itu semua bergantung pada kita semua... begitu jugalah dengan apa yang anda semua lihat di dalam blog ini. Ianya juga merupakan satu OPTION untuk anda semua memilih di KOTAK yang tiada batas ni!
Apa pun, segala teguran dan tunjuk ajar dari anda tetap di terima oleh ku! ThanXXX!

Wednesday, October 22, 2008

Wear Ur Glases While Driving In Rain At Night!

Hujan di waktu malam! Ya! memang merumitkan keadaan bagi si pemandu yang menghadapi masalah silau, lebih lebih lagi silau pada waktu malam! kan? At night, titisan air hujan yang ada pada windscreen kereta anda akan menjalankan tugasnya untuk memecahkan cahaya lampu jalan dan cahaya kereta yang melaluinya... So, one of the solution from Me is "WEAR UR GLASES!" hahahaaa...
Memang nampak pelik bila kita drive and use our glases at night. But, daripada pengalaman dan members sharing yang aku dapat, itulah kenyataannya. Just wear ur glases bila memandu dalam hujan di waktu malam... and ianya akan jadi lebih baik dan jelas lagi bila glases korang tu Polaroid!
One more tips! Pastikan korang pakai glases korang tu hanya di jalan yang ada cahaya lampu jalan! Sebab bila korang pakai dalam keadaan gelap gelita maka gelap gelita jugaklah jawabnya! hahah...
Trust Me or not, try it first guys coz I just want to share it here... huh huuuuu...

Saturday, October 18, 2008

Perlukan salesman untuk menjual produk/ barangan anda?

Sekiranya anda mempunyai produk dan tidak tahu bagaimana hendak menjualnya, saya sedia membantu anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan gambar produk anda kepada saya tidak kira samada ianya barangan terpakai, baru seperti JAM TANGAN, KERETA, RUMAH atau apa pun ia dan sertakan bersama info yang memang berguna untuk perhatian pembeli.
*hantarkan butir butir barangan anda ke alamat e-mail ku di diamondbreakerz@yahoo.com

Opening BOX... all u need will be here!

Alhamdulillah!
Akhirnya aku mendapat penyelesaian terhadap apa yang sekian lama terpendam di benak fikiranku untuk melaksanakan projek ini. Sebenarnya, setelah sekian lama aku memerhatikan para Blogers menggerakkan apa yang mereka sedang usahakan tak kiralah sama ada mereka berniaga ataupun tidak, aku mendapati memang agak rumit pada asalnya untuk menjayakan kewujudan blog ini tanpa sebarang ilmu dan sedikit kajian dalam penetapan mengenai apa yang cuba kita terjemahkan daripada kepala otak sahaja tanpa mengusahakannya.
Di sini, ingin aku mengumumkan bahawa kewujudan Option Box online store ini adalah untuk tujuan perniagaan secara general. Tetapi pada tahap awal ini, aku hanya akan menggunakan konsep IKLAN di dalam blog ini sementara aku mengkaji bagaimana hendak menerima bayaran secara online selain menggunakan perkhidmatan Maybank2u yang aku tau... hehehe.
Almaklumlah! Newbies. Walaubagaimana pun, sokongan anda daripada sudut KRITIKAN, TEGURAN, PANDANGAN dan PERMINTAAN amatlah dialu alukan untuk aku memajukan lagi usaha ini agar dapat aku memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kamu semua.

Option Box Owner - a'maL Jade.