Saturday, October 18, 2008

Opening BOX... all u need will be here!

Alhamdulillah!
Akhirnya aku mendapat penyelesaian terhadap apa yang sekian lama terpendam di benak fikiranku untuk melaksanakan projek ini. Sebenarnya, setelah sekian lama aku memerhatikan para Blogers menggerakkan apa yang mereka sedang usahakan tak kiralah sama ada mereka berniaga ataupun tidak, aku mendapati memang agak rumit pada asalnya untuk menjayakan kewujudan blog ini tanpa sebarang ilmu dan sedikit kajian dalam penetapan mengenai apa yang cuba kita terjemahkan daripada kepala otak sahaja tanpa mengusahakannya.
Di sini, ingin aku mengumumkan bahawa kewujudan Option Box online store ini adalah untuk tujuan perniagaan secara general. Tetapi pada tahap awal ini, aku hanya akan menggunakan konsep IKLAN di dalam blog ini sementara aku mengkaji bagaimana hendak menerima bayaran secara online selain menggunakan perkhidmatan Maybank2u yang aku tau... hehehe.
Almaklumlah! Newbies. Walaubagaimana pun, sokongan anda daripada sudut KRITIKAN, TEGURAN, PANDANGAN dan PERMINTAAN amatlah dialu alukan untuk aku memajukan lagi usaha ini agar dapat aku memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kamu semua.

Option Box Owner - a'maL Jade.

No comments:

Post a Comment