SABAH, salah satu daripada destinasi yang cukup menarik untuk dikunjungi samada untuk bercuti ataupun beriadah. Semua itu bergantung pada citarasa anda yang memilih. Cerita yang ingin aku bawa di sini bukanlah cerita panjang dan lebar mengenai SABAH negeri di bawah bayu ini, tetapi aku ingin berkongsi tentang peluang membeli ataupun mengedar (satu lagi pilihan yang ada) MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH. Ya, MUTIARA yang di bawa khas dari SABAH di mana pada mereka yang sudah biasa dengan SABAH mungkin akan terkenangkan suasana Pasar FILLIPIN yang penuh dengan pelbagai jenis MUTIARA dari pelbagai gred. Walaupun ada masanya cuaca yang terlalu panas pun mengalah dengan keinginan kita untuk membelek setiap apa yang ada di sana (sana sini MUTIARA). Hmmm... pada mereka yang belum pernah sampai ke sana cari carilah peluang untuk pergi ke SABAH walaupun hanya dapat pergi ke KOTA KINABALU sahaja.
Dah semangat cerita pasal SABAH pulak! OK! Pilihan yang aku berikan disini adalah pelbagai reka bentuk terkini MUTIARA yang memang sesuai untuk setiap golongan tak kiralah dari Mak Datin ke, tak Datin ke... semua boleh! Dan gred MUTIARA yang akan dipamerkan di sini adalah MUTIARA dari gred *. Harga pun ALHAMDULILLAH murahnya berbanding pilihan pilihan yang pernah anda temui sebelum ini dan anda boleh membuat tawaran harga dengan menghubungi melalui e mail, tapi tawaran harga ni selalunya nila anda nak ambil dalam kuantiti yang besar lah... Kan? So, offer ni bolehlah direbuat bagi yang ada keinginan nak jadi distributor kat semenanjung ni pulak! Insya'ALLAH harga yang memuaskan!
So, sampai jumpa lagi dan nantikanlah update update mengenai pilihan MUTIARA yang akan di tawarkan. Gambar berserta dengan harga akan diberikan. NANTIKAN!